Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Parlimen Teluk Intan Peruntuk Lebih RM1 Juta Kepada Pelajar Sekolah Sejak 2023

06/06/2025 03:56 PM

TELUK INTAN, 6 Jun (Bernama) -- Ahli Parlimen Teluk Intan Nga Kor Ming memperuntukkan lebih RM1 juta kepada pelajar sekolah rendah dan menengah di kawasan Parlimen berkenaan sejak 2023.

Nga yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata peruntukan itu bukan sahaja diberikan kepada pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan, tetapi untuk pelajar daripada golongan kurang berkemampuan.

"Kerajaan MADANI sentiasa membela semua golongan dan kaum sama ada Melayu, Cina, India atau lain-lain kaum, semuanya diberi perhatian sama rata.

"Kesemua sumbangan wang tunai itu peruntukan daripada Pusat Khidmat Ahli Parlimen Teluk Intan," katanya pada sidang media selepas program penyerahan bantuan dermasiswa kepada pelajar Parlimen Teluk Intan di Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, Hal Ehwal Pengguna dan Kampung Baru Cina Perak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Bedamar Woo Kah Leong

Mengenai program hari ini, Nga berkata sejumlah RM82,000 diperuntukkan kepada pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang, iaitu 11A, 10A dan 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun lepas.

"Saya berharap mereka yang menerima sumbangan wang tunai ini dapat menggunakannya dengan sebaik mungkin untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

"Sumbangan diterima itu boleh digunakan untuk membeli komputer riba serta buku atau boleh digunakan untuk menyambung pengajian," katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan