Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Malaysia, Uzbekistan Perkukuh Kerjasama Dalam Bidang Perundangan - Azalina

31/05/2025 02:20 PM

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Malaysia dan Uzbekistan akan terus memperkukuh hubungan persahabatan dan kerjasama dua hala dalam bidang perundangan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.

Dalam catatan di Facebooknya, beliau berkata komitmen itu hasil pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai di antara beliau dengan Menteri Keadilan Uzbekistan Akbar Tashkulov semasa lawatan kerja rasminya ke Tashkent.

Azalina berkata MoU tersebut turut meliputi pertukaran undang-undang yang boleh diakses umum mengenai perkara berkepentingan bersama, perkongsian pengalaman dan amalan terbaik terutamanya dalam pembaharuan undang-undang.

Beliau berkata MoU itu juga merangkumi pembinaan kapasiti seperti program latihan, seminar, persidangan dan kajian lapangan bersama; dan galakan hubungan profesional antara pegawai undang-undang kedua-dua negara.

“Dalam pertemuan tersebut, kami juga telah berbincang dan bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai perkara berkaitan dengan perundangan, terutamanya dalam hal agenda reformasi undang-undang dan institusi Kerajaan MADANI yang disifatkan oleh pihak Uzbekistan sebagai langkah yang amat progresif.

“Perbincangan turut tertumpu kepada penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam sistem dan perkhidmatan undang-undang yang mampu mempertingkat akses kepada keadilan serta aspek timbang tara sebagai mekanisme penyelesaian pertikaian alternatif (ADR),” katanya.

Azalina berkata dalam pertemuan itu, Akbar turut menyatakan komitmennya untuk menghadiri ASEAN Law Forum 2025 yang akan berlangsung pada 19 hingga 21 Ogos depan, sempena kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan