KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Penyertaan aktif Amerika Syarikat (AS) dalam Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) baru-baru ini mencerminkan komitmen berterusan Washington terhadap kerjasama pertahanan serta diplomasi keselamatan di rantau ini.
Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menerima kunjungan hormat Panglima Pemerintah Indo-Pasifik AS Laksamana Samuel J. Paparo di pejabatnya di Putrajaya hari ini.
Turut hadir Duta Besar AS ke Malaysia Edgard D. Kagan dan pegawai kanan negara itu.
Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri berkata pertemuan itu membuka ruang bagi pertukaran pandangan berhubung pelbagai isu serantau dan kepentingan bersama termasuk usaha memperkukuh hubungan pertahanan dua hala yang telah lama terjalin.
“Kami sepakat bahawa kerjasama erat ini perlu terus diperkasa,” kata beliau.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial