Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Perdana Menteri China, Pemimpin GCC Berlepas Pulang

28/05/2025 04:42 PM

SEPANG, 28 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri China Li Qiang bersama pemimpin dan delegasi negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) berlepas pulang selepas menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-GCC ke-2 dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China pertama di Kuala Lumpur.

Li dan delegasi China berlepas dengan menaiki pesawat khas di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 9.15 pagi, diikuti Putera Mahkota Kuwait Sheikh Sabah Khaled Al-Hamad Al-Sabah pada 10 pagi.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke hadir bagi mengucapkan selamat jalan kepada delegasi China, begitu juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali bagi rombongan Kuwait.

Perdana Menteri Timor-Leste Kay Rala Xanana Gusmao berlepas pulang pada 11.50 pagi dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad hadir untuk mengucapkan selamat jalan.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil pula mengucapkan selamat jalan kepada Timbalan Perdana Menteri untuk Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Kerjasama Oman  Sayyid Asaad bin Tarik al Said serta delegasi pada 2.33 petang.

Mereka diberikan upacara pelepasan pulang dengan hamparan permaidani merah dan kawalan kehormatan oleh 28 pegawai dan anngota Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) sebelum berangkat pulang ke negara masing-masing.

Ad Banner

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC ke-2 sebagai peristiwa luar biasa dalam konteks Asia Tenggara.

  Beliau berkata kehadiran pemimpin ASEAN dan wakil negara GCC paling dinamik merupakan bukti kepercayaan dan persahabatan yang semakin kukuh antara dua blok berkenaan.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 berakhir semalam selepas beberapa siri pertemuan peringkat tinggi bertujuan memperkukuh kerjasama serantau dan perkongsian strategik.

Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dengan tema “Keterangkuman dan Kemampanan” menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 menandakan kali kelima negara memegang jawatan pengerusi selepas 1977, 1997, 2005 dan 2015.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan