Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Sembilan Projek Utama RMK-12 Rolling Plan Kelima Diluluskan - MB

26/05/2025 02:33 PM

ISKANDAR PUTERI, 26 Mei (Bernama) -- Sebanyak sembilan daripada 10 projek utama yang dimohon melalui Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) Rolling Plan kelima diluluskan dalam Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Johor pada 23 Mei lepas. 

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata projek yang diluluskan, termasuk pembinaan Hospital Sultanah Aminah Dua di Johor Bahru dan projek pelebaran lebuh raya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar di sini hari ini. 

Mesyuarat khas itu dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, beliau berkata terdapat 222 projek bernilai RM10.8 bliion yang diluluskan melalui RMK-11 sejak 2016, masih dalam prapelaksanaan.

“Kerajaan negeri mengganggap itu sebagai satu perkara yang serius kerana peruntukannya ada, tetapi kerja-kerja belum dijalankan dari 2016.

“Projek melibatkan pembangunan menaik taraf hospital, sekolah, jalan raya dan banyak lagi tak dapat nak disalurkan dan perkara ini saya bangkitkan masa mesyuarat pembangunan negeri,” katanya.

Beliau berkata Kerajaan Negeri Johor membuat keputusan untuk mengadakan perbincangan bersama setiap kementerian dan agensi bagi memastikan projek berkenaan dapat diselesaikan dengan kadar segera, hasil persetujuan Perdana Menteri. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan