Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Isteri PM Laos Luang Masa Naik Cruise Tasik Putrajaya

25/05/2025 12:36 PM

PUTRAJAYA, 25 Mei (Bernama) -- Isteri Perdana Menteri Laos Vandara Siphadone hari ini meluangkan masa menaiki Cruise Tasik Putrajaya, mengelilingi tasik dan menikmati keindahan landskapnya. 

Ketibaan beliau pada 10.30 pagi disambut oleh isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Vandara meluangkan masa kira-kira 45 minit beramah mesra dengan Dr Wan Azizah sambil melihat bangunan ikonik di sekitar pusat pentadbiran negara.

Isteri Perdana Menteri Laos itu turut mengambil kesempatan melihat ukiran kayu untuk hiasan dinding bermotifkan bunga raya yang dihasilkan pereka ukiran kayu daripada Kraftangan Malaysia. 

Perdana Menteri Laos Sonexay Siphandone dan Vandara tiba di sini hari ini untuk lawatan rasmi pertama beliau ke Malaysia, menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan di Kuala Lumpur. 

Pesawat khas yang membawa Siphandone, Vandara serta delegasi Laos tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 9.05 pagi dan ketibaan mereka disambut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.

Menurut Wisma Putra, ini merupakan lawatan pertama Siphandone ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Laos pada Disember 2022.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan