Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Kerajaan Madani Tidak Terlibat Inisiatif AI Skyvast - Teo

23/05/2025 01:59 PM

KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Malaysia tidak terlibat dalam sebarang bentuk pembangunan atau penyelarasan berhubung inisiatif kecerdasan buatan (AI) oleh Skyvast Corporation yang dilancarkan baru-baru ini.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata kehadiran beliau pada majlis pelancaran itu pada Isnin lepas hanya untuk menyokong terhadap usaha pembangunan teknologi dan inovasi tempatan.

Beliau berkata perkara itu selaras dengan aspirasi kerajaan untuk memperkukuh ekosistem digital negara. 

“Kenyataan saya menumpukan kepada aspirasi Kerajaan MADANI dalam menyokong pertumbuhan sektor digital dan inovasi teknologi tempatan.

“Tanpa memberikan sebarang pengendorsan terhadap mana-mana entiti mahupun teknologi tertentu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan