Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Tiga Masjid Utama JAKIM Adakan Solat Hajat, Doa Qunut Nazilah Untuk Palestin

23/05/2025 11:49 AM

PUTRAJAYA, 23 Mei (Bernama) -- Tiga masjid utama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin akan melaksanakan solat hajat dan bacaan Qunut Nazilah sebagai tanda solidariti dan doa kepada rakyat Palestin.

Ketua Pengarah JAKIM Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee menyeru rakyat Malaysia menzahirkan rasa simpati dan solidariti terhadap penderitaan rakyat Palestin di bumi Gaza yang terus dilanda situasi tragik.

“(Rakyat Palestin) saban hari dizalimi serta diserang dengan kejam tanpa sedikit pun rasa perikemanusiaan oleh rejim Zionis Israel,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata JAKIM konsisten dalam menyokong pendirian Kerajaan MADANI yang tegas membela kedaulatan negara umat Islam, khususnya Palestin serta terus membantu rakyatnya dalam pelbagai bentuk dan cara.

“Adalah diseru agar umat Islam bersatu hati memohon pertolongan Allah SWT agar melindungi saudara-saudara kita di sana serta pembebasan bumi al-Quds. Semoga dengan usaha sekecil ini akan dipandang tinggi di sisi Allah SWT,” katanya.

-- BERNAMA

Ad Banner


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan