BERITA TERGEMPAR   Selangor FC pulls out of 2024 Charity Shield match, stating it will not compromise on team safety | 
 AM > BERITA

UMT BAKAL MILIKI RUMAH ALUMNI BERNILAI RM2.2 JUTA

27/04/2024 12:10 PM

SHAH ALAM, 27 April (Bernama) -- Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMT Prof Dr Mohd Izani Mohd Zain berkata pihaknya menerusi Pusat Alumni UMT, giat mengumpul dana bagi membina fasiliti tersebut yang disasarkan beroperasi menjelang 2027.

Beliau berkata pihaknya memerlukan RM2.2 juta bagi pembinaan rumah alumni dengan keluasan bangunan 1,170 meter persegi yang dirancang dibina dalam lima fasa melalui pendanaan awam dan penajaan daripada industri serta alumni.

“Pembinaan dan pewujudan rumah alumni itu, sebagai pusat sehenti perkongsian kepakaran, maklumat dan industri alumni selain sebagai ruang bagi penganjuran aktiviti dan kegiatan aktiviti mahasiswa.

Rumah alumni dilihat mampu menyokong hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi dalam merealisasikan azam dan fokus terhadap pemerkasaan mahasiswa, sekali gus memperkukuhkan jaringan kerjasama alumni UMT, industri dan universiti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan penubuhan rumah alumni pada Majlis Makan Malam Amal Alumni Bersama Prominent Industry di sini malam tadi.

Mohd Izani berkata Rumah Alumni yang akan dikenali sebagai The Club House of UMT Alumni akan dibina bersebelahan rumah universiti di kampus UMT di Kuala Nerus, Terengganu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan