AM > BERITA

AGONG, RAJA PERMAISURI ZAHIR UCAPAN ULANG TAHUN KEPUTERAAN KEPADA SULTAN TERENGGANU

26/04/2024 12:37 PM

KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Ulang Tahun Keputeraan ke-62 kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.  

Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

"Semoga Allah SWT merahmati Baginda dengan kebahagiaan dan melanjutkan usia Baginda," menurut poster itu. 

Tarikh 26 April merupakan hari kelepasan am bagi Terengganu sempena Hari Keputeraan Sultan Terengganu. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan