BERITA COVID–19   COVID-19: Lebih 22.9 juta dewasa lengkap divaksin | KKM tidak cadang lanjut vaksinasi PICKids | Kejayaan Malaysia masuk fasa peralihan ke endemik turut dibantu kempen COVID-19 RTM | “Tahniah rakyat Malaysia” - Khairy | COVID-19: Satu lagi kematian dilaporkan di Korea Utara | 
AM

Pastikan rangkaian bekalan global tersedia, kata Ismail Sabri pada Sidang Kemuncak ASEAN-AS

14/05/2022 07:12 AM

Daripada Jamaluddin Muhammad

WASHINTON D.C, 13 Mei (Bernama) -- ASEAN dan Amerika Syarikat (AS) perlu mewujudkan satu ekosistem yang kondusif bagi memastikan rantaian bekalan global sentiasa tersedia, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS di sini pada Jumaat (Sabtu di Malaysia).

Beliau berkata langkah itu penting dalam menangani isu jaminan kesihatan dan pemulihan pandemik.

Perdana Menteri berkata mereka juga perlu bekerjasama dalam pembangunan vaksin melalui program penyelidikan bersama, perangkaian dan hubungan dalam bidang berkaitan vaksin.

Malah perkumpulan 10 negara anggota itu dan AS, boleh mengukuhkan kerjasama dalam pengesanan, pengawasan dan tindak balas terhadap penyakit berjangkit serta ancaman kesihatan yang muncul, katanya semasa majlis makan tengah hari bersama pemimpin ASEAN yang dianjurkan Naib Presiden AS Kamala Harris sempena sidang kemuncak dua hari tersebut di Jabatan Negara AS di sini.

Beliau berkata ASEAN dan AS juga perlu meningkatkan kemampanan dalam perdagangan dan pelaburan, pembangunan modal insan dalam pendigitalan, daya tahan ekonomi dan integrasi di rantau ini.

“ASEAN dan AS perlu memanfaatkan potensi pendigitalan dan revolusi perindustrian keempat," katanya.

Mengenai kerjasama maritim, Ismail Sabri berkata Malaysia yakin ASEAN dan AS boleh meningkatkan lagi kerjasama dalam pembinaan kapasiti, serta pertukaran dan perkongsian maklumat dan perisikan.

Inisiatif itu, katanya, boleh mencegah, memerangi atau membanteras aktiviti jenayah di laut, seperti lanun, rompakan bersenjata di laut, penyeludupan dan rampasan.

-- BERNAMA


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan