BERITA COVID–19   Jumlah terkini kes COVID-19 di Malaysia dan beberapa negara dunia | COVID: Lelaki 44 tahun kematian terbaharu di Singapura | Program turun padang, lembutkan warga emas terima vaksin | Mulai Selasa, hanya individu positif COVID-19 menerusi ujian RT-PCR dimasukkan ke PKRC Kelantan | MAECC gesa kerajaan percepat kelulusan penggunaan Ivermectin untuk rawat COVID-19 | 
AM

Kru ‘All Together Now Malaysia’ akan dipanggil ke IPD Putrajaya

11/06/2021 09:02 PM

PUTRAJAYA, 11 Jun -- Kru yang terlibat dalam program hiburan televisyen pencarian bakat ‘All Together Now Malaysia’ (ATNM) termasuk 50 juri selebriti akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Mohd Fadzil Ali berkata siasatan polis dalam kes itu ialah berkaitan ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kerana tidak memakai pelitup muka di tempat awam dan perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan apa-apa penyakit berbahaya.

Beliau berkata siasatan dijalankan mengikut Peraturan 18, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Kawalan Pergerakan Pemulihan) kerana tidak mematuhi SOP PKPP serta Seksyen 269 Kanun Keseksaan.

Katanya siasatan awal mendapati penggambaran ATNM dilakukan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 3 hingga 11 Mac lepas dengan merujuk SOP Sektor Industri Kreatif - Acara Langsung PKPP yang berkuat kuasa ketika itu.

Mohd Fadzil berkata pihak penerbit program dikehendaki mematuhi SOP PKPP yang membenarkan rakaman berlangsung dengan kehadiran penonton tidak melebihi 50 peratus kapasiti serta mematuhi SOP berkaitan saringan kesihatan, pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal.

Beliau berkata kertas siasatan kes itu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya setelah siasatan selesai.

Program terbitan Astro Production itu disiarkan pada 6 Jun dan mengundang pelbagai reaksi selepas juri terbabit dirakam tanpa memakai pelitup muka.

-- BERNAMA



 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan