BERITA COVID–19   Wanita B40 raih pendapatan mampan di sebalik penularan pandemik | Polis siasat dakwaan KP Pendidikan Tinggi langgar SOP PKP | Penafian berita palsu tular 15 Mei - KKMM | MRSM Pengkalan Hulu nafi isu tular berkaitan makanan pelajar | Video tular mengenai Stadium Malawati tidak benar | 
AM

Empat kawasan di Sarawak dikenakan PKPD

18/04/2021 07:39 PM

KUCHING, 18 April -- Empat kawasan di Sarawak kini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) melibatkan daerah Sarikei, Pakan dan Kuching, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

JPBN dalam kenyataan memaklumkan PKPD di Sarikei melibatkan dua rumah panjang, Rumah Tang di Teluk Batu Bintangor dan Rumah Naning di Sungai Baji, kedua-duanya bermula 16 hingga 29 April.

Sementara, PKPD di Rumah Juni di Ulu Pandanum, Pakan bermula 17 hingga 30 April manakala PKPD Taman Mesra Bako di Kuching bermula hari ini hingga 1 Mei.

Hari ini Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak turut mengisytiharkan dua lagi kluster baharu dikenali sebagai Kluster Jalan Bintulu-Sibu di Tatau dan Kluster Tarat Tani, Serian.

Sarawak hari ini merekodkan 508 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 23,940 kes, selain mencatat satu pertambahan kes kematian menjadikan angka keseluruhan kematian akibat pandemik tersebut kepada 137 orang.

-- BERNAMA

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan