AM > BERITA

MANGSA BANJIR DI KOTA TINGGI KEKAL 300 ORANG

05/05/2024 09:37 AM

KOTA TINGGI, 5 Mei (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di daerah ini kekal 300 orang daripada 69 keluarga, setakat pukul 8 pagi ini. 

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata kesemua mangsa yang terjejas merupakan penduduk dari Kampung Temenin Baru dan Kampung Desa Makmur.

"PPS Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang itu dibuka susulan hujan lebat berterusan melebihi tempoh dua jam, semalam," menurutnya dalam satu kenyataan hari ini.

Azmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata setakat ini, paras air di lima sungai utama di daerah ini masih berada pada tahap normal.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora dalam satu kenyataan berasingan mengingatkan kepada semua pengguna jalan raya agar sentiasa berwaspada dan mematuhi papan tanda amaran terutama di kawasan yang dinaiki air. 

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan