BERITA COVID–19   MOSTI diminta tangguh umum maklumat yang diperoleh daripada HIDE | PKP beri impak bekalan darah di Sabah | Situasi COVID-19 di Besut membimbangkan, penduduk dinasihat had pergerakan, patuh SOP | Varian baharu COVID-19 bawa gejala lebih teruk - KP Kesihatan | COVID-19: Ketua Pemuda PAS Selangor tidak kritikal - DPPNS | 
AM

Patuhi SOP ketat agar bazar Ramadan boleh diteruskan - KM P.Pinang

14/04/2021 10:52 PM

GEORGE TOWN, 14 April  -- Kerajaan Pulau Pinang menggesa orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat yang ditetapkan bagi memastikan pelaksanaan bazar boleh diteruskan sepanjang bulan Ramadan ini.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow hari ini mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi SOP, memandangkan kes COVID-19 dilihat semakin meningkat dalam negara sejak kebelakangan ini.

“Kita gembira kerana Pulau Pinang dibenarkan mengadakan bazar Ramadan, namun sama ada kebenaran itu akan diberikan terus sepanjang bulan Ramadan ini, ia bergantung kepada tindakan kita sendiri dalam pematuhan SOP,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis pelancaran Kempen Sinar Ramadan 2021, yang merupakan inisiatif Penang Halal International (PHI).

Ketua Pegawai Eksekutif PHI Aida Lim Abdullah berkata kempen itu bertujuan membantu dalam mempromosi usahawan dan peniaga yang terbabit dalam bidang Makanan dan Minuman (F&B) semasa bulan Ramadan dan Syawal.

“Kempen antara 13 April dan 31 Mei itu turut membabitkan penglibatan platform dalam talian seperti Shopee dan Foodpanda, di samping Maybank Islamic, bagi menggalakkan pengguna membuat urus niaga tanpa tunai,” katanya.

Menurutnya enam hotel, dua pasar raya dan sebuah restoran turut membantu dalam menyokong kempen itu.

-- BERNAMA


 


 

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan