Rabu, 20 Januari 2021
AM
08/01/2021 04:46 PM

KUALA LUMPUR, 8 Jan -- Sebanyak 121 kawasan sekitar Kuala Lumpur, Petaling dan Hulu Langat  akan menghadapi masalah gangguan bekalan air tidak berjadual mulai 1 tengah hari tadi hingga 3 pagi esok (Sabtu).

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi kenyataan hari ini  memaklumkan ia susulan kejadian paip pecah di Jalan Sering, Taman Sungai Sering di Cheras yang memerlukan kerja pembaikan kecemasan. 

Menurut kenyataan itu kerosakan tersebut berpunca daripada kerja-kerja pemasangan paip pembentungan oleh pihak ketiga pada 2 Jan lepas.

"Tempoh masa pemulihan bekalan air kepada pengguna adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.

"Sehubungan itu, pengguna disarankan menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemat sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini," menurut kenyataan itu. 

Air Selangor juga memaklumkan pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung kawasan gangguan menerusi medium komunikasi rasmi aplikasi Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com.

-- BERNAMA

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan