Sabtu, 31 Oktober 2020
AM
18/10/2020 08:18 PM

PUTRAJAYA, 18 Okt  --  Sabah kekal mencatatkan jumlah kes baharu harian COVID-19  tertinggi di negara ini dengan 702 kes dilaporkan, atau 80.6 peratus daripada keseluruhan 871 kes yang direkodkan di Malaysia dalam tempoh 24 jam lepas.  

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata lonjakan kes itu disebabkan lebih banyak keputusan makmal diperoleh.

“Setakat 18 Okt (hari ini), kes kumulatif COVID-19 di Sabah ialah sebanyak 7,439 (atau 36.3 peratus daripada jumlah keseluruhan di Malaysia),” katanya pada sidang media perkembangan terkini COVID-19 hari ini.

Beliau juga berkata hingga kini,  seramai 251,030 individu di negeri itu telah menjalani saringan jangkitan virus tersebut.

Semalam, Sabah merekodkan 451 kes atau 51.9 peratus daripada kes keseluruhan harian yang dilaporkan di negara ini.

-- BERNAMA

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan