Isnin, 26 Oktober 2020
13/10/2020 05:04 PM

KUALA LUMPUR, ‪13 Okt‬ -- Istana Negara, yang menjadi tumpuan media sejak pagi, terus menjadi lokasi petugas media berkampung membuat liputan perkembangan mutakhir politik negara, susulan dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai sokongan Ahli Parlimen.

Selepas Anwar, yang juga Presiden PKR menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada lewat pagi ini, petugas media menerima maklumat bahawa seorang ahli politik veteran UMNO, akan ke Istana Negara pada sebelah petang. 

Wartawan tempatan dan antarabangsa, yang berada di luar kawasan Pintu Dua Istana Negara sejak 8 pagi pada awalnya diarahkan beredar meninggalkan kawasan berkenaan, namun kembali menunggu di lokasi itu.

Dilaporkan kenderaan berwarna hitam yang membawa Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dilihat keluar dari Pintu Dua Istana Negara, pada 2.40 petang. 

Kehadiran Tengku Razaleigh bagaimanapun tidak disedari pengamal media yang menunggu di Pintu Dua, dan kemungkinan besar kenderaan yang membawa Tengku Razaleigh memasuki Istana Negara melalui Pintu Tiga.

Pada Khamis, Anwar berkata Al-Sultan Abdullah telah memperkenankan untuk beliau menghadap Seri Paduka hari ini.

Pada 23 Sept lepas, Anwar dalam satu sidang media mendakwa beliau mendapat sokongan 'kukuh dan meyakinkan' daripada Ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan baharu.

-- BERNAMA

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan