Khamis, 24 September 2020
AM
16/09/2020 10:58 PM

BANGKOK, 16 Sept -- Thailand meningkatkan pengesanan kontak di wilayah utara Tak selepas seorang kanak-kanak Myanmar didapati positif COVID-19.

Kanak-kanak berusia dua tahun itu dan ibunya meninggalkan Mae Sot di Wilayah Tak ke Myawaddy, Myanmar pada 4 Sept.     

Kanak-kanak itu didapati positif  dalam saringan COVID-19 sementara keputusan ibunya negatif pada Ahad. 

Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Dr Suwannachai Wattanayingcharoenchai berkata pegawai-pegawai kesihatan sedang meningkatkan pengesanan kontak untuk mengenal pasti mereka yang mungkin terdedah kepada kanak-kanak terbabit.

“Pegawai kesihatan sudah mengumpul sampel daripada 2,635 warga Thai dan warga asing di Mae Sot  pada 8 dan 9 Sept. Setakat ini, tiada yang didapati positif dalam saringan COVID-19,” kata beliau dalam satu sidang akhbar di sini hari ini. 

Beliau berkata mereka yang merupakan kontak rapat dengan kanak-kanak itu akan dikenal pasti dan menjalani saringan COVID-19.

Thailand melaporkan sifar jangkitan tempatan sejak pertengahan Mei sehingga 3 Sept lepas  setelah seorang banduan yang tidak pernah ke luar negara didapati positif dalam saringan COVID-19. 

Sementara itu, Thailand melaporkan 10 kes baharu COVID-19 dan sifar kematian dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah keseluruhan kes 3,490 dan 58 kematian.

-- BERNAMA 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan