AM

Politeknik Kota Bharu Catat Kebolehpasaran Graduan Lebih 95 Peratus

16/05/2024 11:40 AM

KOTA BHARU, 16 Mei (Bernama) -- Politeknik Kota Bharu (PKB) mencatatkan kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) melebihi 95 peratus untuk tempoh tiga tahun berturut-turut sejak 2020.

Pengarahnya Mohd Fikri Ismail berkata kebolehpasaran graduan PKB pada 2020 adalah sebanyak 97.2 peratus, meningkat kepada 95 peratus (2021) dan 98.3 peratus (2022).

Beliau berkata kejayaan ini merupakan pencapaian besar kerana mampu mengekalkan peratus kebolehpasaran graduan nasional dalam kelompok tertinggi berbanding institusi TVET di 12 kementerian lain bernaung di bawah Majlis TVET Negara (MTVET).

"Kita harap kejayaan ini akan mendorong lebih ramai pelajar menyambung pelajaran di PKB dalam usaha kita meningkatkan graduan TVET yang akan menyumbang khidmat kepada negara," katanya kepada Bernama pada Program Penutup Karnival TVET 2024 @ POLYCC Zon Kelantan Terengganu di sini.

Mohd Fikri yang juga Pengerusi POLYCC Zon Kelantan dan Terengganu berkata 900,000 graduan TVET dari seluruh politeknik telah dihasilkan dalam tempoh 55 tahun penubuhannya.

"Dalam konteks PKB kita sasarkan 1,600 pelajar akan menyambung pengajian di institusi ini bagi kemasukan Julai depan," katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan