AM

Selangor Kenal Pasti Kuarters Penjawat Awam Untuk Dibangunkan Semula

30/11/2023 06:59 PM

SHAH ALAM, 30 Nov (Bernama) -- Kerajaan Selangor sedang mengenal pasti beberapa lot kuarters kerajaan untuk dibangunkan semula, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata antara cadangan untuk membangunkan kuarters penjawat awam itu adalah menerusi kerjasama bersama pihak swasta dengan kaedah pembangunan kuarters secara bertingkat.

“Sebelum ini ada beberapa isu berkenaan (status) tanah, tetapi saya sudah dapat beberapa solusi bagaimana tanah itu boleh dibangunkan oleh pihak kerajaan dengan kerjasama pihak swasta.

“Antara lokasi kuarters yang telah dikenal pasti Seksyen 8 di Shah Alam dan beberapa lokasi di setiap daerah di negeri ini.

"Kalau tidak sempat untuk laksanakan (proses pembangunan semula) tahun ini. Kita akan selaraskan ketika belanjawan (negeri) untuk tahun depan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Selangor di sini hari ini.

Selain itu, Amirudin berkata kerajaan Selangor juga bercadang untuk menambah jumlah kuarters berikutan jumlah penjawat awam yang ramai di negeri itu.  

-- BERNAMA

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan