AM

Penyelenggaraan Tandas Bagi 169 Sekolah Di Negeri Sembilan Siap Ikut Jadual - Aminuddin

01/11/2023 04:04 PM

SEREMBAN, 1 Nov (Bernama) -- Projek penyelenggaraan tandas bagi 169 sekolah di Negeri Sembilan telah siap sepenuh seperti dijadualkan pada penghujung Oktober, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.

Aminuddin berkata perbincangan dengan Pejabat Pembangunan Negeri memaklumkan bahawa kesemua kerja baik pulih yang bermula Ogos lepas itu melibatkan kira-kira 70 hingga 80 kontraktor berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai sasaran.

"Tahniah kepada kontrator yang telah menjalankan tanggungjawab ini sebaiknya. Hari itu ada satu kontraktor lewat mulakan kerja, tetapi mereka dapat menyelesaikan mengikut masa ditetapkan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini hari ini.

Menurut kenyataan Pejabat Pembangunan Negeri, projek itu diselaraskan dan dipantau rapi oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) melalui Pejabat Pembangunan Negeri dan dilaksanakan oleh Pejabat Daerah.

ICU JPM dilaporkan berkata inisiatif itu selaras dengan aspirasi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Konvensyen Pembangunan dan Kesejahteraan Rakyat yang menginginkan kemudahan tandas yang bersih dan selamat untuk keselesaan lebih lima juta pelajar dan 409,161 guru di negara ini.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan