SUKAN

Rumput Stadium Nasional Bukit Jalil Perlu Lebih Masa Untuk Matang - Tmj

14/10/2023 01:54 AM

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Padang baharu di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini masih memerlukan masa dua hingga tiga bulan sebelum ia sedia digunakan, menurut Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim. 

TMJ menyuarakan pendapat bekenaan di laman X, susulan kualiti permukaan padang di Stadium Nasional itu yang baru dinaik taraf menggunakan rumput jenis Zeon Zoysia di persoal peminat bola sepak tanah air selepas perlawanan Pestabola Merdeka 2023, malam ini..

Rumput di gelanggang keramat Harimau Malaya itu tercabut di beberapa bahagian semasa perlawanan Malaysia menewaskan India 4-2 pada aksi pertama kejohanan tersebut.

TMJ memaklumkan padang baharu itu sepatutnya diberi masa untuk akarnya tumbuh dengan kuat sebelum digunakan seperti padang di Stadium Sultan Ibrahim, gelanggang rasmi JDT, di Iskandar Puteri, Johor Bahru. 

"Tetapi pasukan kebangsaan nak pakai secepat mungkin. Itu atas keputusan FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) dan pihak stadium. Kalau saya, saya beri lebih masa," menurutnya ketika membalas hantaran seorang pengguna yang mempersoalkan keadaan padang tersebut. 

Semalam,TMJ,  pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), merasmikan padang baharu itu dengan proses penukaran rumput ditaja oleh beliau.

-- BERNAMA 

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan