Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Gangguan Bekalan Kuasa: Perkhidmatan KTM Komuter Dan ETS Alami Kelewatan Lebih 60 Minit

20/06/2025 10:13 PM

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Perkhidmatan tren komuter laluan Tanjung Malim-KL Sentral- Tanjung Malim dan tren elektrik (ETS) hari ini mengalami gangguan bekalan kuasa.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menerusi hantaran di Facebook hari ini memaklumkan susulan situasi berkenaan, perkhidmatan komuter di laluan berkenaan dan ETS dijangka akan mengalami kelewatan melebihi 60 minit daripada jadual asal disebabkan pengunaan satu landasan.

“KTMB memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi. Perkembangan terkini operasi perkhidmatan tren akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” menurut hantaran itu.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan