KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Komposer dan penghibur filem India, Devi Sri Prasad, merancang untuk menggubah muzik untuk lagu Melayu bersama vokalis dan penari Malaysia yang berbakat.
Langkah itu dijangka meningkatkan penampilan dan pengiktirafan global terhadap penyanyi dan penari Malaysia.
Devi Sri Prasad, yang juga dikenali sebagai DSP yang akan membuat persembahan di Malaysia buat kali pertama pada Sabtu ini berkata: “saya memilih menggubah muzik untuk lagu Melayu kerana terharu dengan komitmen tidak berbelah bahagi rakyat Malaysia terhadap muzik”.
“Kalau boleh, saya mahu cipta sendiri lagu dalam Bahasa Melayu dan mahu ia menjadi lagu Melayu tulen untuk dikeluarkan di Malaysia,” katanya dalam temu bual khas dengan Bernama di sini pada Rabu .
Mengenai konsertnya yang bertemakan ‘DSP Live In Concert – Oo Solriya Tour’ di Stadium Bukit Jalil Sabtu ini, beliau berkata kira-kira 30 penari dari Mumbai, India akan membuat persembahan bersamanya di atas pentas.
Tiket boleh dibeli melalui www.ticket2u.com.my.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial