SEREMBAN, 16 Sept (Bernama) -- Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan supaya bendera negeri dikibarkan separuh tiang pada Isnin ini bagi menzahirkan penghormatan atas kemangkatan Ratu Elizabeth II.
Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Dr Razali Ab Malik berkata titah tersebut juga sebagai tanda menghormati kemangkatan Ratu Elizabeth II di Istana Balmoral, Scotland selepas 70 tahun menduduki takhta yang merupakan monarki paling lama bertakhta dalam sejarah Britain.
"Tuanku Muhriz berkenan agar bendera Negeri Sembilan dikibarkan separuh tiang pada Isnin, 19 Sept bagi menzahirkan penghormatan baginda kepada Ratu Elizabeth II yang mangkat pada 8 Sept lepas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan negeri menjunjung titah dan mengarahkan semua jabatan dan agensi di negeri ini supaya mengibarkan bendera Negeri Sembilan separuh tiang.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial