KUALA LUMPUR, 3 Ogos -- Pusat Borong GM Klang melancarkan perkhidmatan pesanan makanan ‘Click, Order & Pick-Up (COP)’ dari restoran di pusat borong itu pada 28 Julai lepas melalui laman rasmi media sosialnya.
Pengurus Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam Pusat Borong GM Klang Norsuhaida Othman berkata pelancaran perkhidmatan COP memudahkan pelanggan untuk memesan makanan secara efisien dan selamat seiring dengan pelaksanaan Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN).
"Pengunjung kini boleh memesan makanan tanpa perlu beratur panjang serta mengambil pesanan mereka tanpa meninggalkan kenderaan di lokasi yang disediakan. Ia beroperasi dari 10 pagi hingga 5 petang setiap hari," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pelanggan boleh memilih pelbagai jenis hidangan daripada menu mereka antaranya makanan Korea, barat dan tempatan, serta hidangan lain yang unik.
Pesanan dibuat menerusi tiga langkah iaitu klik (Click) dalam laman sesawang atau imbas kod QR, pilih makanan yang diingini (Order) dan ambil makanan di kawasan yang ditetapkan di sekitar kompleks (Pick-Up).
Orang ramai boleh mengunjungi laman perkhidmatan pesanan makanan GM Klang menerusi pautan https://gmklang.com/event_details/view/item_id/153.html untuk maklumat lanjut.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial