> BERITA

CHATGPT Alami Gangguan Global Dengan Perkhidmatan Terganggu

10/06/2025 11:48 PM

ISTANBUL, 10 Jun (Bernama-Anadolu) -- Chatbot AI OpenAI, ChatGPT dan perkhidmatan berkaitannya, mengalami gangguan meluas pada Selasa, menyebabkan ribuan pengguna di seluruh dunia tidak dapat mengakses platform itu, menurut laporan pengguna dan halaman berkenaan status syarikat.

Anadolu Ajansi melaporkan Downdetector, sebuah perkhidmatan yang memantau gangguan laman sesawang, melaporkan peningkatan mendadak dalam aduan pengguna, dengan ribuan orang di seluruh dunia melaporkan masalah mengakses ChatGPT, termasuk mesej ralat dan masa respons yang lambat.

Data laman sesawang menunjukkan lonjakan ketara dalam laporan gangguan, walaupun tidak jelas sama ada semua pengguna terjejas.

Gangguan itu juga menjejaskan perkhidmatan berkaitan, dengan OpenAI mengesahkan masalah itu di halaman statusnya, menyatakan: "Sesetengah pengguna mengalami kadar ralat yang lebih tinggi dan kelewatan melalui API, ChatGPT, dan Sora."

Syarikat itu berkata ia sedang menyiasat secara aktif tetapi belum memberikan sebarang garis masa untuk penyelesaian.

-- BERNAMA-ANADOLU 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan