Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
  > BERITA

Malam Hujung Minggu Penuh 'SeaSational' Dengan Bufet Makanan Laut Di Imperial Lexis KL

27/06/2025 02:15 PM

KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Lebih 100 hidangan yang menampilkan hasil laut terbaik disajikan di “SeaSational Weekend Dinner Buffet” oleh Imperial Lexis Kuala Lumpur, menjanjikan makan malam dengan pelbagai pilihan menu lazat dan terbaik.

Diadakan pada setiap Jumaat dan Sabtu dari 6 pagi hingga 10 malam di Roselle Coffee House yang berubah menjadi destinasi kulinari di mana pengunjung boleh menikmati udang kara, tiram dan udang harimau segar serta beraneka makanan laut.  

Bernama yang hadir di bufet itu malam tadi, mendapati makanan yang dihidangkan bukan sahaja hebat dipandang malah turut menambat selera dengan beberapa menu yang menonjol seperti ketam salji masin manis dan tiram segar.

Selain itu, terdapat juga udang kipas, ketam salji, udang kara kecil, kepah dan kima, dengan setiap bahan disediakan oleh pasukan kulinari berpengalaman bagi mengekalkan kesegaran dan keenakan dalam setiap suapan.

Peminat makan Jepun boleh mencuba sudut “Taste of Nippon” yang menawarkan potongan sashimi segar, pelbagai jenis sushi dan tempura termasuk tiram, ketam lembut, sotong dan udang - kesemuanya dihidangkan dengan sos pencicah asli.

Selain makanan laut, turut disajikan variasi masakan antarabangsa termasuk makanan Barat seperti Roasted Lamb Chops with Eggplant Caviar, Pan Seared Salmon, Roasted Piri Piri Chicken, Smoked Duck Breast, Slow Roast Beef Striploin dan Lobster Bisque.

Tidak ketinggalan sajian Asia daripada Singapore Chili Crab dan Dim Sum kepada Chicken and Beef Satay, Fried Carrot Cake, Penang Rojak dan stesen panggang Kantonis yang menampilkan potongan daging diricih.

Bukan itu sahaja, tetamu juga boleh menikmati aroma rempah-ratus di ruangan “Essence of India” dengan sajian seperti Butter Chicken, Mutton Rogan Josh dan Roti Prata, menawarkan kekayaan warisan kulinari India.

Sudut pencuci mulut menjadi pelengkap bufet dengan pelbagai manis-manisan seperti Sago Gula Melaka, Crème Brûlée, Choux Craquelin, kuih Nyonya dan ‘chocolate fountain’.

Bufet berharga RM190 seorang bagi dewasa dan RM120 bagi warga emas berusia 60 tahun ke atas dan kanak-kanak enam hingga 12 tahun, menjadikannya pilihan makan malam hujung minggu popular untuk keluarga dan pencinta makanan.

Bagi tempahan dan pertanyaan, hubungi +6010 784 0176 menerusi WhatsApp atau e-mel eat@imperiallexiskl.com.

Maklumat lanjut boleh didapati pada www.imperiallexiskl.com atau platform Instagram, Facebook dan TikTok Imperial Lexis Kuala Lumpur.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan