SPORTS

Hakim Danish Pamer Kebangkitan, Tamat GP San Marino Di Tempat Ke-12

14/09/2026 11:01 AM

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Pelumba Moto3 negara Muhammad Hakim Danish Ramli mempamerkan aksi kebangkitan bertenaga apabila melonjak 13 anak tangga untuk menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) San Marino di tempat ke-12 di Litar Dunia Misano Marco Simoncelli, hari ini.

Bermula dari petak ke-25, pelumba AEON Credit-MT Helmets-MSI berusia 19 tahun itu beransur-ansur memperbaiki kedudukan sepanjang perlumbaan 20 pusingan sebelum melintasi garisan penamat dengan ketinggalan 22.335 saat (s) di belakang pemenang.

Pendahulu kejuaraan Maximo Quiles daripada CFMOTO Gaviota Aspar Team muncul juara selepas pertarungan sengit pada pusingan terakhir dengan catatan 33 minit 42.713s, menewaskan pelumba petak utama David Almansa daripada Liqui Moly Dynavolt Intact GP dengan kelebihan tipis 0.021s.

Brian Uriarte daripada Red Bull KTM Ajo pula melengkapkan penguasaan pelumba Sepanyol di podium selepas menduduki tempat ketiga, 1.343s di belakang Quiles.

Kedudukan ke-12 itu membolehkan Hakim Danish meraih empat mata kejuaraan, sekali gus menjadikan keseluruhan kutipannya 94 mata dan kekal di tangga kelapan Kejuaraan Dunia Moto3 selepas 14 pusingan.

Sementara itu, Quiles mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu kejuaraan apabila kemenangan berkenaan melonjakkan kutipan keseluruhannya daripada 256 kepada 281 mata.

Almansa pula kini mengumpul 174 mata selepas muncul naib juara, manakala pelumba Red Bull KTM Ajo Angel Carpe kekal di kedudukan ketiga dengan 159 mata.

Saingan kejuaraan seterusnya beralih ke Grand Prix Austria di Red Bull Ring, Spielberg dari 18 hingga 20 Sept ini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA provides up-to-date authentic and comprehensive news and information which are disseminated via BERNAMA Wires; www.bernama.com; BERNAMA TV on Astro 502, unifi TV 631 and MYTV 121 channels and BERNAMA Radio on FM93.9 (Klang Valley), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) and FM100.9 (Kuching) frequencies.

Follow us on social media :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy