AM

AMARAN RIBUT PETIR, HUJAN LEBAT DI TIGA NEGERI HINGGA 7 MALAM

31/05/2026 05:50 PM

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga negeri hingga 7 malam ini. 

MetMalaysia menerusi hantaran di Facebook memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda Pahang melibatkan Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin. 

Amaran sama turut dikeluarkan di Johor membabitkan kawasan Mersing manakala di Sabah, kawasan yang dijangka dilanda cuaca buruk itu ialah Sandakan (Telupid dan Beluran). 

-- BERNAMA

 

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan