DUNIA

QATAR LAPOR PERKEMBANGAN POSITIF DALAM RUNDINGAN TIDAK LANGSUNG AS-IRAN DI DOHA

02/07/2026 08:18 AM

ISTANBUL, 2 Julai (Bernama-Anadolu) -- Qatar pada Rabu memaklumkan bahawa siri pertemuan tidak langsung antara delegasi Amerika Syarikat (AS) dan Iran di Doha berakhir dengan perkembangan positif berhubung isu-isu berkaitan memorandum persefahaman yang dimeterai baru-baru ini, lapor Anadolu Ajansi.

"Pengantara dari Qatar dan Pakistan hari ini mengadakan pertemuan berasingan dengan perunding AS dan Iran di Doha, dengan kemajuan positif dicapai dalam isu-isu berkaitan Memorandum Persefahaman Islamabad, susulan hasil Sidang Kemuncak Lake Lucerne," kata Jurucakap Kementerian Luar Qatar, Majed Al Ansari menerusi platform X.

Beliau berkata kedua-dua pihak bersetuju untuk meneruskan perbincangan dalam tempoh terdekat, dengan mesyuarat seterusnya dijadualkan seawal mungkin selepas upacara pengebumian bekas Pemimpin Tertinggi Iran, Ali Khamenei.

Khamenei terbunuh dalam serangan AS-Israel pada 28 Februari, manakala upacara pengebumiannya dijadual berlangsung pada Jumaat.

-- BERNAMA-ANADOLU

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan