KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Unit Taghill Holdings Bhd, iaitu Taghill Projects Sdn Bhd memperoleh kontrak daripada Exsim MX4 Sdn Bhd berjumlah RM133 juta untuk membina dan menyiapkan kerja-kerja bangunan utama dan infrastruktur bagi D'Evia @ Kwasa Damansara (Pakej 2) di Shah Alam, Selangor.
Menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, projek tersebut merangkumi blok pangsapuri 32 tingkat dengan aras mezanin serta bawah tanah.
Ia turut melibatkan 440 unit pangsapuri servis dan kemudahan sampingan lain.
“Projek ini dijadualkan bermula pada 16 Jun 2026, tertakluk kepada pengesahan menerusi arahan arkitek.
“Ia dijangka siap dalam tempoh 28 bulan dari tarikh permulaan,” katanya.
-- BERNAMA