KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd membekukan harga had bawah Paragon Union Bhd pada RM2.29 berkuat kuasa Selasa, 16 Jun, 2026.
Dalam kenyataan khas hari ini, bursa memaklmukan harga had bawah itu dikekalkan pada paras berkenaan selepas kaunter tersebut didagangkan pada had bawah statik selama dua hari dagangan berturut-turut.
Tindakan kawal selia itu diambil selaras dengan Peraturan Bursa Malaysia Securities, Perenggan 8.13(5) Peraturan Dagangan serta Manual Dagangan Bab 4 berhubung Harga Rujukan dan Had Harga (4.3) Pembekuan Harga.
-- BERNAMA