DUNIA

Minggu Filem Animasi Antarabangsa Chongqing 2026 Bermula

10/06/2026 01:57 PM

CHONGQING (China), 10 Jun (Bernama-CMG) -- Minggu Filem Animasi Antarabangsa Chongqing 2026 dirasmikan di sini pada Selasa malam.

Sebanyak 501 filem animasi dari pelbagai negara termasuk Amerika Syarikat (AS), Perancis, Britain, Rusia, Brazil akan bersaing bagi merebut anugerah Jinshancha (Golden Camellia).

Minggu filem animasi edisi ini bertemakan “Boudless Creativity, Excelling Together” dan bertujuan menjadi platform pertukaran animasi antarabangsa selain memacu pembangunan industri filem animasi berkualiti tinggi di China.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Bandar Chongqing Wang Jiong dalam ucapan perasmiannya berkata daerah Yongchuan di Chongqing kini memiliki pangkalan industri filem moden terbesar di China dengan teknologi paling canggih, sekali gus mampu menawarkan kemudahan serta peluang kepada para penggiat seni animasi dari seluruh dunia.

Minggu Filem Animasi Antarabangsa Chongqing 2026 dianjurkan bersama oleh Biro Filem Chongqing, Kerajaan Daerah Yongchuan Chongqing, dan Stesen Kumpulan Media China (CMG) di Chongqing, dengan bimbingan CMG dan Kerajaan Perbandaran Chongqing.

-- BERNAMA-CMG

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2566909