AM

Aliran Trafik Di Semua Lebuh Raya Lancar Pagi Ini

07/06/2026 09:53 AM

KUALA LUMPUR, 7 Jun (Bernama) -- Aliran trafik di semua lebuh raya menuju ke Lembah Klang lancar setakat pagi ini.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata keadaan dijangka mula sesak menjelang tengah hari hingga ke malam ini berikutan orang ramai mula pulang ke ibu kota selepas tamat cuti persekolahan dan cuti umum berganda. 

"Pengguna dinasihatkan memandu berhati-hati susulan hujan di beberapa kawasan antaranya di Lembah Klang dan di bahagian selatan," ketika dihubungi Bernama.

Beliau turut menasihatkan pengguna supaya merancang waktu perjalanan masing-masing bagi mengelakkan  terperangkap dalam kesesakan.

-- BERNAMA

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2565561