AM

Jumlah Mangsa Banjir Sabah Meningkat Malam Ini

20/05/2026 10:07 PM

KOTA KINABALU, 20 Mei (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Beaufort meningkat kepada 336 orang daripada 119 keluarga pada 8 malam ini berbanding 258 orang daripada 89 keluarga pada 8 pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan kesemua mangsa kini ditempatkan di Pusat Pemindahan Kekal Selagon yang dibuka pada 3 petang semalam.

Kenyataan itu menyebit daripada jumlah dipindahkan itu, seramai 181 orang adalah golongan dewasa serta warga emas manakala 155 lagi ialah kanak-kanak dan bayi.

“Sebanyak 10 kampung terjejas akibat banjir dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini,” katanya.

-- BERNAMA

 

 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2559722