AM

TPM Ahmad Zahid Ucap Takziah Kepada KP Bernama Atas Pemergian Ibu

20/05/2026 01:11 PM

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merakamkan ucapan takziah kepada Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Arul Rajoo Durar Raj dan keluarga di atas pemergiaan ibunya Kaliamah Karuppaya, 77, semalam.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Ahmad Zahid berkata kehilangan seorang ibu, satu kehilangan yang amat besar dan sukar digambarkan dengan kata-kata.

“Semoga seluruh keluarga saudara Arul Rajoo diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat yang penuh dukacita ini,” katanya.

Mendiang Kaliamah menghembuskan nafas terakhir pada 8.10 malam malam tadi di kediamannya di Behrang Hulu, Perak selepas mengalami masalah kesihatan berkaitan kegagalan buah pinggang sejak setahun yang lepas.

-- BERNAMA

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2559351