Oleh Shakir Husain
HYDERABAD, 19 Mei (Bernama) -- Rupee India pada Selasa merosot ke paras terendah baharu, meneruskan trend penyusutannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Rupee berada di bawah tekanan susulan kesan buruk serangan Israel di Semenanjung Gaza terhadap ekonomi India.
Ia ditutup pada paras 96.53 pada Selasa selepas mencecah 96.61 bagi setiap dolar semasa dagangan harian.
Paras penutupan terendah sebelumnya ialah 96.34 pada Isnin.
Perdana Menteri India Narendra Modi baru-baru ini meminta rakyat menjimatkan pertukaran asing dengan mengurangkan penggunaan bahan api serta mengelakkan pembelian emas dan perjalanan ke luar negara.
-- BERNAMA