AM

Bank Of America Buka Pejabat Baharu Di Merdeka 118, Perkukuh Komitmen Jangka Panjang Di Malaysia

13/05/2026 05:02 PM

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Bank of America membuka pejabat baharunya di Merdeka 118 di sini sekali gus menegaskan komitmen jangka panjangnya terhadap Malaysia.

Majlis perasmian pejabat baharu itu pada 30 April lepas dihadiri oleh Presiden Antarabangsa Bank of America, Bernard Mensah; Presiden Asia Pasifiknya, Jin Su; Eksekutif Negara Malaysia, Gautam Puntambekar serta tetamu Bank of America yang lain.

Dalam satu kenyataan hari ini, bank berkenaan mengumumkan ia kekal komited memberikan keuntungan bermakna sambil memacu pertumbuhan yang bertanggungjawab demi kakitangan, pelanggan dan komuniti di Malaysia.

Pejabat Bank of America di Malaysia dan perkhidmatannya merangkumi perkhidmatan perbankan korporat dan komersial, penyelesaian perbendaharaan dan perdagangan, jual beli mata wang asing dan pendapatan tetap serta perbankan pelaburan.

Bank berkenaan menekankan komitmennya untuk mencapai keuntungan bermakna sambil memacu pertumbuhan yang bertanggungjawab bagi kakitangannya, pelanggan dan komuniti di Malaysia.

Langkah itu menandakan fasa baharu bagi Bank of America yang mula bertapak di Malaysia pada 1959.

-- BERNAMA

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2556466