PASARAN

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah

24/04/2026 07:23 PM

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, sejajar dengan prestasi pasaran tunai.

Kontrak April 2026 menyusut 3.0 mata kepada 1,714.50, Mei 2026 merosot 2.5 mata kepada 1,716.50, Jun 2026 berkurang 2.0 mata kepada 1,716.00 dan September 2026 turun 1.5 mata kepada 1,695.00.

Jumlah dagangan meningkat kepada 12,359 lot daripada 11,523 lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 45,733 kontrak daripada 44,801 kontrak sebelum ini.

Pada 5 petang, FBM KLCI menyusut 1.36 mata atau 0.08 peratus, kepada 1,720.34 daripada 1,721.70 ketika ditutup pada Khamis.

-- BERNAMA

 

 


 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2549010