DUNIA

Iran Serah Cadangan Baharu Kepada Pakistan

02/05/2026 05:50 AM

TEHRAN, 2 Mei (Bernama-IRNA) -- Iran menyatakan bahawa ia telah menyerahkan cadangan terbaharunya bagi rundingan sebagai usaha untuk menamatkan peperangan kepada Pakistan, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Iran menyerahkan teks berkenaan kepada Pakistan – yang bertindak sebagai orang tengah bagi rundingan dengan Amerika Syarikat – pada petang Khamis.

Sementara itu, Jurucakap Kementerian Luar Esmaeil Baqaei menegaskan dalam satu temu bual televisyen bahawa usaha menamatkan peperangan dan mewujudkan keamanan yang mampan kekal menjadi keutamaan Tehran dalam rundingan dengan Amerika Syarikat.

Susulan gencatan senjata antara Iran dan Amerika Syarikat pada 7 April, kedua-dua pihak telah mengadakan rundingan yang diusahakan oleh Pakistan di Islamabad pada 11 April.

Bagaimanapun, rundingan itu berakhir tanpa mencapai sebarang persetujuan.

-- BERNAMA-IRNA

 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2551901