AM

Kebakaran Sandakan: Satu PPS Ditutup Petang Ini

24/04/2026 04:52 PM

KOTA KINABALU, 24 April (Bernama) -- Satu daripada sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) bagi menempatkan mangsa kebakaran Kampung Bahagia di Sandakan ditutup, petang ini.

Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, operasi di PPS Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tiong Hwa ditamatkan pada 3 petang tadi.

“Lapan lagi PPS masih beroperasi dengan menempatkan sebanyak 1,905 orang daripada 384 keluarga setakat 4 petang ini,” menurut kenyataan itu.

Pada Ahad lepas, sebanyak 1,000 rumah atas air musnah dalam kebakaran di kampung berkenaan dan menyebabkan ribuan penduduk kehilangan tempat tinggal.

-- BERNAMA


 

 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2548920