Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini mendenda 34 lelaki selepas kesemua mereka mengaku bersalah menyertai rusuhan di sebuah pusat hiburan di Cheras minggu lepas, yang turut membabitkan senjata api dan bahan letupan.
Majistret Faezahnoor Hassan menjatuhkan hukuman denda RM3,000 kepada 32 tertuduh berusia antara 21 hingga 57 tahun dan memerintahkan mereka menjalani hukuman penjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda. Dua lagi masing-masing berusia 19 tahun, dijatuhkan hukuman denda RM2,000 atau penjara tiga bulan.