Terlibat dalam bidang itu secara serius sejak 2013, Hadi yang lebih mesra dipanggil Cikgu Hadi, 55, mampu menuai antara 50 ke 100 kilogram sarang setahun dengan nilai kira-kira RM100,000, bergantung pada nilai pasaran semasa.
Bermula dengan rasa ingin tahu tentang keistimewaan sarang burung walet, kini Hadi Salleh meraih pendapatan lumayan hasil jualan sarang unggas liar itu.
Sarang-sarang tersebut dituai dari bangunan tiga tingkat yang dijadikan tempat burung walet bersarang dan membiak, sekali gus menghasilkan tuaian yang memberangsangkan.
RENCANA
Dari Rasa Ingin Tahu, Cikgu Hadi Bina Empayar Sarang Burung Walet