JENAYAH & MAHKAMAH

Penduduk Cemas Gerai Bunga Api Dan Mercun Terbakar

13/03/2026 11:46 AM

Sementara itu pembantu gerai Muhammad Ashraf Mohd Zulkiflie, 19, berkata kejadian itu berlaku tidak lama selepas dia keluar membeli juadah bersahur.

“Saya terkejut apabila menerima panggilan telefon daripada rakan memaklumkan gerai terbakar,” katanya yang mendakwa majikannya kerugian kira-kira RM50,000 akibat kejadian itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Chukai Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohamad Hanif Che Khalid berkata mereka menerima panggilan kecemasan kebakaran itu pada 4.15 pagi. 

“Bomba mengambil masa kira-kira 19 minit untuk mengawal api daripada merebak dan operasi ditamatkan pada 5.10 pagi,” katanya.

Beliau berkata sebanyak 22 anggota BBP Chukai dan Kemaman terlibat dalam operasi itu.

Kebakaran tidak melibatkan kecederaan atau kematian dan punca kejadian masih dalam siasatan. 

-- BERNAMA

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2533884