DUNIA

Penarikan Sekatan AS Beri Kesan Pada 100 Juta Tong Minyak Rusia - Dmitriev

13/03/2026 04:40 PM

MOSCOW, 13 Mac (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Penarikan sekatan Amerika Syarikat (AS) akan memberi kesan pada 100 juta tong minyak Rusia dalam transit, kata Kirill Dmitriev, ketua Dana Pelaburan Langsung Rusia (RDIF) dan utusan khas presiden Rusia untuk kerjasama ekonomi dengan negara asing, pada Jumaat.

Terdahulu, AS membenarkan penjualan minyak mentah Rusia dan produk petroleum yang dimuatkan ke dalam kapal setakat 12 Mac.

“Setiausaha Perbendaharaan AS Scott Bessent mengumumkan bukan sahaja pelonggaran sekatan ke atas pembelian minyak Rusia di India, tetapi juga penarikan semua sekatan ke atas kira-kira 100 juta tong minyak Rusia dalam transit," kata Dmitriev di Telegram, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Beliau menyatakan di tengah-tengah krisis tenaga yang kian meningkat, pelonggaran sekatan ke atas produk tenaga Rusia kelihatan tidak dapat dielakkan, walaupun terdapat tentangan daripada beberapa pihak dalam "birokrasi Brussels."

Dengan menarik balik sekatan ke atas minyak Rusia, AS mengakui bahawa pasaran tenaga global tidak mampu kekal stabil tanpanya, tambah Dmitriev.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

KEYWORDS
    
RELATED NEWS
MORE NEWS
© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2534044