DUNIA

Pemimpin Agung Iran Khamenei Terbunuh Dalam Serangan - Media Rasmi

01/03/2026 11:53 AM

TEHRAN, 1 Mac (Bernama-IRNA) – Pemimpin Agung Iran Ayatollah Ali Khamenei, telah terbunuh susulan serangan oleh rejim Israel dan Amerika Syarikat (AS), lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Beliau telah syahid susulan serangan pada pagi Sabtu, menurut laporan itu.

Kabinet mengisytiharkan 40 hari tempoh berkabung awam dan tujuh hari cuti umum berikutan kematiannya.

Khamenei, yang dilahirkan pada 1939 di bandar Mashhad, pernah berkhidmat sebagai Presiden Iran dari 1981 hingga 1989 sebelum menjadi Pemimpin Agung kedua negara itu pada 1989 susulan kematian Ruhollah Khomeini.

-- BERNAMA-IRNA

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2529031