JENAYAH & MAHKAMAH

Warga Emas Maut Dalam Kebakaran Bengkel Motosikal Di Raub

27/02/2026 10:30 PM

KUANTAN, 27 Feb (Bernama) -- Seorang warga emas maut dalam kebakaran di sebuah bengkel motosikal di Bukit Koman, Raub malam ini. 

Ketua Polis Daerah Raub Superintenden Mohd Shahril Abdul Rahman berkata pasukan penyelamat telah menjumpai mayat lelaki berusia 70 tahun itu dalam insiden yang berlaku pada kira-kira 7.30 malam.

“Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia masih menjalankan proses pemadaman api... setakat ini, kami belum menjumpai mangsa lain,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Polis Diraja Malaysia Kontinjen Pahang di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan di sini. 

Beliau berkata mayat mangsa masih lagi berada di lokasi dan akan diserah kepada pihak hospital untuk tindakan lanjut. 

“Kita akan maklumkan mengenai punca kebakaran dan punca kematian mangsa,” katanya. 

-- BERNAMA 

 

 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2528615