JENAYAH & MAHKAMAH

Ibu Tunggal Antara Tiga Wanita Ditahan Dalam Ops Tapis Di Bintangor

26/02/2026 08:25 PM

SARIKEI, 26 Feb (Bernama) -- Polis mengesahkan seorang ibu tunggal yang mempunyai seorang anak antara tiga wanita ditahan dalam Ops Tapis di sebuah kampung di Bintangor hari ini kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Daerah Meradong DSP Tansli Mering berkata wanita berusia 42 tahun itu ditahan bersama seorang suri rumah berusia 26 tahun dan seorang wanita bujang berusia 37 tahun sebelum dibawa ke IPD Meradong untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata saringan ujian air kencing mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Semakan rekod lampau mendapati dua suspek mempunyai satu rekod jenayah berkaitan dadah manakala seorang lagi tidak mempunyai sebarang rekod jenayah atau kesalahan dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tansli berkata kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. 

-- BERNAMA

 

 

KEYWORDS
     
RELATED NEWS
MORE NEWS
© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2528121